BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Birthday Along ke 13 Tahun...


Majlis Pertunangan Adik Bongsu Kesayangan



Welcome To The Club...


Akhirnya impian aku untuk memiliki sebuah motorsikal besar berkuasa tinggi tercapai sudah, itulah impian ku sejak sekian lamanya hanya kini baru berpeluang...walau pun cuma 500cc aku berpuas hati...memadai sebagai permulaan utk menjadi seorang choppers @ bikerz.... Motor aku Kawasaki Vulcan 500cc...beli drpd Pegawai Petronas di Melaka pada 29 December 2009....itu pun aku berurusan di internet melalui www.mudah.com.my jerrr...terima kasih pada members bikerz spt Tajuddin, Rahim dan Zamir kerana sudi menemani aku dan bawa balik motor...bertambah lah ahli Team Keratong Choppers...

Hari ini 30 Disember, kebetulan ada Mesyuarat Guru aku pun bawa lah motor itu...adalah members yg bertanya dan test motor tu...maaf la gambar kat atas bukan motor aku, asalnya motor tu lah aku nak beli tapi owner nya banyak cekadak la pulak, lastly aku ambik motor sama mcm tu tapi kaler hitam, lagi ganazzz..lagi brutal...bunyi exzos mcm bunyi Harley Davidson Fat Boy...yearghhh

Tunggulah sikit masa dan aku pun kalau ada masa...motor tu akan aku customize kan...pasang gubs exzos...bar...mudguard depa dan belakang mcm harley...dan macam2 lagi lah

Terima kasih buat isteri ku tercinta yang memahami minat suami mu ini, juga buat anak2 ku...sepat juga lah aku bawak anak2 naik motor...cuma isteri ku jerr yg belum...segan katanya..it's ok take ur times darling

Anyway...tak sangka aku dah memiliki KAWASAKI VULCAN 500cc...harga ?lupa pikir lah sendriiii

Saturday, December 19, 2009

New Choppers?

Aku ada minat baru dan direstui oleh isteri kesayanganku...thanxs ayang
nak tau apa...jeng2

Percaya @ tidak?Aku nak try main motor besar pulak...rasa puas la main kereta walau pun kereta aku kedua-duanya standard je....aku minat motor berkuasa besar(superbike) dan aku nak jadi Bikers...vroooooooooooooom sana sini but my wife tak setuju....hampir bermasam muka...aku tak nak la gaduh2 dgn my wife so aku bertukar minat kepada easyrider @ chopper...

So isteri ku mulanya agak tak setuju jugak tapi entah macam mana dia kata "ikut abang la"...wow, pucuk dicita ulam mendatang, mengantuk disorongkan bantal, kuah tumpah ke nasi....aku pun zasssss, contact member2 dan terus melayari www.mudah.com.my la...siap call dan sms entah sapa2 tah...bedal je la...untung sabut timbul , untung batu aku tenggelam la...

Setakat ni aku dan survey sampai ke Bera, Temerloh, Maran, Kuantan, Jengka, Rompin, Segamat,BP & Muar...kena kerja keras beb...motor tu bukan murah harganya....ribu2 tu...buat masa ni dah ada yg aku minat dan kena dengan harganya....beli cash jerrr tak nak hutang2 sakit kepala....

Pilihan hati sama ada Yamaha VIRAGO 535 @ Kawasaki VULCAN 500....harga lebih kurang sama tapi 2nd hand la...mampooos nak beli yg baru...mana nak cekau duit

Target aku , bukak sekolah aku dan bawa motor tu ke sekolah...doa2 la ye...biarlah tahun 2010 nanti, org lain dgn kereta baru, baju baru, kasut baru dan serba baru tapi aku dengan gaya smart tapi naik motor besoooo....orang akan tanya, sapa tu?Cikgu baru ke?pearghhhh alamak...Cikgu Sam la....

Moga Impian menjadi kenyataan......Insyallah...bukan riak @ berlagak tapi motivasi untuk diri sendiri.....vroooooooooooooooooooooooooooom

Selamat Tahun Baru hijrah 1431

Dah lama tak menulis diBLOG ini...banyak masalah dengan laptop & desktop...virus dan kena format dan lagi aku tak de masa nak menulis...skrg lebih kepada Face Book..ni kat kg, tak tau apa nak buat , mata pulak tak mahu lelap...

Semalam Tahun Baru Hijrah 1431...alhamdulilah aku sekeluarga bersama duduk di atas sejadah membacakan doa akhir dan awal tahun baru Hijiriah...solat jemaah, membaca Yasin, Tahlil untuk arwah Mak, Adik Comel dan Anakanda Sofia....sayu dan hening saat itu...Uda seakan bersedih ketika itu...tahun lepas pada watu yg sama aku sekeluarga menyambutnya bersama di Masjid Stulang Laut, Johor Baharu...walaupun gi holiday tapi bab Tahun Baru aku tak lupakan...syukur Tuhan membarakhi aku....

Hari ini aku balik kg...sempat singgah Hospital Muar, ziarah adik aku yg sakit...still tak keluar2 dari 11 November hari tu...alhamdulilah masuk ke wad biasa hari ini tapi masih bergantung dgn tangki oksigen...paru2 rosak agak teruk...subhanallah...sabar dan tawakal lah dik...kuatkan semangat mu ..insyallah sempenat tahun baru ini tuhan merahmati mu.

Esok aku dan keluarga sebelah isteriku nak ke majlis kenduri di Bukit Kepong, ada majlis perkahwinan sepupu....

Friday, November 27, 2009

Bila Rasa Diri Dah Macam Donald Trump...

Tidak namanya manusia jika tidak lepas daripada dirundung masalah, derita dan kecewa....mengalah bukan bererti kita tewas....berdiam diri bukan bermakna kita lemah dan boleh dilontar ke sana sini...kita bukan bola dan jika bola sekalipun tidak semudahnya kita menyepaknya sesuka hati....ini lah dunia dan resam tabii manusia...apa erti hidup jika hendak menongkat langit semata-mata....berjalan tetapi dada menjunjung tinggi ke angkasa....hidung tinggi ngalahkan hidung dan belalai gajah....

Hina kah kita andai sekali-kali merendah diri...ular menyusur akar tiada pula hilang bisanya pun...nama sahaja manusia tetapi perangai kadang kala spt baghal...baghal pun tahu menolong tuannya....sesama manusia pun nak berkira2...menyapa pun sukar diluahkan dengan kata2...menegur kirim salam la....bersalaman macamlah tangan kita ni penuh kudis buta, kayap dan kematu yang boleh berjangkit...agaknya kita ni pembawa HIV @ Virus H1N1...Nahuzubillah....sampai ke situ...
Tetapi bila terkena batang hidung sendiri...manusia yang banyak pekung ini lah yang dicari...disembah2 mengalahkan Sultan Mansor Shah...apa ni, ingat ini cerekarama ke? kita pun ada perasaan juga...tapi tak lah sampai hati memulangkan paku buah keras...mungkin kita yang tertindas dan naif dari golongan marhain ni makbul doanya dan Allah sayang gamaknya....maka dengan selamba kita ucapkan tak apa...segala kesalahan, kesilapan dan kehinaan serta kebencian telah kita ampunkan dan tak simpan dendam...biar org buat jahat pada kita tetapi kita balas dengan kebaikan nescaya kalau bukan sekarang mungkin suatu masa manusia bongkak yang mengangkat dirinya macam DEWA...Obama...JW Bush tu pun boleh merangkak cari kita..
Tak perlu cakap banyak....personaliti menggambarkan peribadi...

Selamat Menyambut Aidil Adha

Hari ini semua umat Islam sedunia bergembira menyambut Aidil Adha khasnya bagi mereka yang menunaikan Rukun Islam Ke-05 iaitu Fardhu Haji....Semoga mereka mendapat haji mabrur ...insyallah
Hari ini juga pada tahun lalu...lewat ptg2 begini...aku sekeluarga bertolak ke masjid bersama isteri, along, angah, uda dan adik untuk melihat lembu yang kali sedekah untuk dikorbankan, disembelih dan disempurnakan....Alhamdulilah pada tahun lalu, ada sedikit lebih rezeki dapatlah aku sekeluarga melakukan ibadah korban....kami siap bergambar dengan lembu lagi...angah lah yang paling seronok...dia tanya kenapa kita kena sembelih lembu kalau raya haji...Aku menjawab, agar lembu itu nantinya akan menjadi tunggangan kita semasa di akhirat nanti....dan untuk sambutan Aidil Adha kali ini...pastinya arwah angah sudah tahu dan mengenali lembu yang kami korbankan di SANA....Insyallah..
Spt kelaziman, aku beraya di rumah keluarga aku di Batu Pahat dan awal pagi sudah bangun untuk menunaikan solat sunat di Masjid kampungku yang gah serba baru...lepas itu bergerak ke kg Seri Merlong dan Pt Tengah berjumpa dengan beberapa org saudara mara bagi membincangkan majlis pertunangan adik bongsuku pd 26 Disember nanti..ok bereh semuanya.
Yang menyedihkan sambutan raya kali ini ialah bila mana adik lelaki ku yang ditempatkan di Wad ICU Hosp. Muar masih belum sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru2...doktor kata paru2nya rosak...Allah apa pula malang nasib yang menimpa...simpati ku pd nya bertambah bila melihat wajah isteri dan 2 org anak gadis comelnya...sabarlah menerima ujian...didoakan agar adik ku segera sembuh...insyallah esok kami akan melawatmu dik....

Monday, November 16, 2009

Latihan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Start dari perhimpunan pagi tadi sampai saat ini tak rest lagi...duduk kat dewan buat persiapan dan latihan persembahan murid utk MAK Pen 2009...setting pentas...setting masa tiap murid buat persembahan....rata2 murid nak buat persembahan...memamngbagus tapi akuyang letih nak setting masa


Ada persembahan Boria, Nasyid, Koir , medley dan permainan alat perkusi...dasat jugak budak2 aku ni....
Nanti aku post gambar dia org....

sakit mata

mata kiri cemeh

Friday, November 13, 2009

Berita Sedih..adik sakit

Kasih Ayahanda Tercinta
Hanya tuhan yang tahu....

Adik lelaki aku dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Fatimah, Muar suspek jangkitan kuman dalam paru-paru...sedih dan terperanjat, dialah satu-satunya adik lelaki kesayanganku..kasihan isteri dan anak-anak dia...lepas solat Jumaat aku bergerak pulang dan sampai ke Muar sekitar jam 6.00 p.m. adik aku Anna juga bergegas balik dr KL...bapak aku awal-awal dah sampai...Ida tak sempat balik...tak pe la baru dapat kerja kat Ampang...

Ku doakan agar adik ku sabar dengan ujian dan dugaan yang melanda...sesungguhnya Allah itu maha berkuasa menentukan segalanya buat hamba-hambanya...

Seringkali terjadi ujian dalam keluarga aku menjelang hujung tahun bermula dengan Arwah Mak pada 25 November 2007...arwah angah anak aku pada 1 Disember 2008...adik ku Comel 23 Oktober 1999 dan kini seorang lagi adik ku ditimpa musibah....subhanallah maha suci Allah





Thursday, November 12, 2009

Letih dan banyaknya meeting

Hari ini Khamis..agak meletihkan...semalam meeting HEM & KO start pukul 3.00 sampai kul 6 lebih, hari ni pulak meeting kurikulum mula dan tamat spt semalam jugak...esok ada juga mesyuarat AJK PIBG nasib baik aku bukan ajk...Isnin depan jugak ada mesyuarat guru akhir start pukul 3 jugak..wow dasat tapi normal lah sebab ni dah hujung tahun.


Dlm mesyuarat semalam ada aku perkatakan sesuatu tentang KGK , maybe ada beberapa rakan guru yang terasa..hari ni kat sekolah dia org macam bengang je kat aku...maaf ku pinta bukan niatku...selain mengingatkan mereka aku juga tentunya...aku bercakap sebagai Pengerusi KGK...maaf dan ampun banyak2 pada mereka yang terasa, aku ikhlas...sungguh.


Latihan persembahan utk Majlis Anugerah pd 18 Nov ni pun giat dilakukan...macam biasalah akulah chiefnya...macam bagus...kih2


Tak lama lagi cuti sekolah tapi pd 23 dan 24 Nov ni sekolah ada Program Pemantapan UPSR 2010 under Felda...2 minggu selepas tu ada Kem Solat under Panitia Agama ...2 minggu sebelum bukak sekolah ada kelas tuisyen tahun 6/2010...aku terlibat kot...itu belum dikira lagi latihan pasukan sekolah..bola sepak tentunya maklumlah tahun ni naib johan kelompok dan budak aku ada yang sampai MSSM...minggu ke 2 cuti my wife pun ada Smart Tuition kat sekolah dia...apa la ertinya cuti....

Monday, November 9, 2009

Bangga Dan Sayu Meruntun Kalbu

Hari Sabtu aku ke Kuala Lipis ada kelas OUM, tutorial ke-04, aku hantar semua tugasan aku...ada satu lagi tutorial tapi rasanya aku tak dapat turut serta kerana adik ipar aku ada konvo di UTM , Skudai, Johor...marah la juga members lain kerana patutnya last 21 Nov. we all nak buat celebrate sikit tapi apakan daya...famili first la...

Petang Jumaat sebelum aku bertolak ke Lipis , aku ke Muadzam jumpa along tapi on de way tayar kereta pecah...lastly aku ke Bengkel...disebabkan tayar pecah dan rims sport bengkok terpaksalah aku tukar 4 rims dan 4 tayar baru...habis la duit aku RM2150.00...padan muka aku

Hari Ahad, 8 November adalah hari yang menggembirakan aku dan keluarga sepatutnya kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Angah...kalaulah angah ada tentu dia gembira dan dapat banyak hadiah...pastinya mama akan buatkan majlis hari jadi angah di sekolah...tentunya abah akan belikan kek kesukaan angah..dan kita akan menyambutnya di rumah bersama along, uda dan adik pasti meriahkan angah...masing-masing berebut-rebut nak potong kek...nak bergambar dengan angah...nak mencium angah...alangkah indahnya saat itu andai majlis sambutan dapat abah dan mama buatkan untuk angah tapi tuhan lebih kasih kan angah...uda yang paling terasa kerana uda minta abah dan mama buat sembahyang berjemaah dan bacakan surah yasin...uda rindukan angah...angah tahu tak...bantal busyuk angah dulu , kini telah uda miliki tanpanya uda tidak boleh melelapkan mata...uda cium dan peluk kuat-kuat katanya bau angah ada pada bantal itu...terkadang uda tidur bersama linangan air mata ngah...terima kasih ngah dan damailah kau di sana...alfatihah

Wednesday, November 4, 2009

Sekitar Majlis Konvo Adik Di Uni SEL
















Saturday, October 31, 2009

Konvo UniSEL, Selangor

Lepas Jumaat semalam , lebih kurang pukul 4.30 ptg..aku dan famili bergerak ke KL untuk majlis Konvo adik aku Aida pada hari Sabtu....bapak dah sampai dalam pukul 5 ptg tadi...Adik aku Anna yang ambik dan bawak ke Uni Sel...kih2 katanya tayar bas yang dinaiki meletoooop...terpaksalah Aida ambik....aku pulak terlepas jalan, lastly tak pasal2 aku redah KESAS dan NKVE Highway...ambik ko...asyik bayar duit tol je ...balik2 RM2.20 kena bayar....
Akhirnya dapat juga cari jalan keluar....sampai juga aku ke Unisel...tido kat rumah kakak angkat Aida, Kak Yan....tq ya...buat susah2 je...
Masa kat R&R Awan Besar..sempat juga my wife beli Sate Kajang Haji Samuri yang popular tu....wow lazat jugak rasanya dan besar saiznya...kesian Along tak dapat turut sama dlm travel ni...buat angah, alangkah seronoknya andai angah ada ketika ini....
Aida Konvo pukul 12.00 pm hingga 6.00 pm..tak tau la nak balik terus ke Keratong mlm ni jugak atau balik awal pagi esok...apa yg pasti hari Ahad ni nak jumpa along kat MRSM, Muadzam...setakat ni 2 kali dah along call...rindu dan jealous la agaknya tu...
Anna pun ada test kat UIAM mlm ni tak rasa2nya dia tak gi...tq dik dapat sama-sama berkumpul bersama walau tidak semua adik2 abang dan anak2 aku ada di sisi pada hari gembira ini
Buat Adik Aida Selamat BerKonvokesyen....dah bergraduat....ada ijazah dah adik abg ni

Thursday, October 29, 2009

Oh Syahdunya Kenangan Semalam

Kucupan kasih dan sayang seorang adik kepada kakak..Happy Birthday Ngah
Sayangnya seorang kakak kepada adik-adik



Angah berlarian di gigi pantai...indahnya kenangan itu






Citra Berwajah Baru...JJR4595


Citra 2.0 cc aku berwajah baru;

a) Sports Rim - 17"

b) FALKEN Tyre - 40 [ Tipis Gilerrrr...mcm jln atas rims je rasa ]

c) New Air Press - CITRA specs

d) Air Cond - Servis dan masuk gas [ mak aii...sejuk tahap gaban ]


Bulan ni je dah banyak duit aku leburkan untuk Iswara & Citra;

a) Roadtax & Insuran Iswara - RM 400.00

b) Air Cond - RM 290.00

c) Tyre & Rims - RM 2000.00 +-

d) Olympus Digital Camera - RM ??????


Apa nak buat dah sampai masa....dah lama aku pasang impian baru kini menjelma, ada rezeki sikit bulan ni...kiri kanan masuk duit...kih2...apa yang penting , kita kena manjakan diri kita sendiri setelah penat bekerja, konsep aku, beli sahaja apa yang diimpikan , buat apa nak tahan atau simpan beria2 sangat...entahesok lusa kita dijemput illahi tak merasa semua itu...ada sikit duit , kita dapatkan apa yang kita idamkan...tapi jgn lupa untuk menabung dan keperluan untuk anak dan isteri....Isteri dan aku aku tak lah membantah apa yang aku lakukan kerana mereka tahu siapa aku sebagai suami dan aku sebagai abah


Juga buat bapak, Man, Aida dan Anna [adik-adik ku ] mereka juga ada bahagian masing-masing...selama kita hidup jgn bongkak atau cuba menongkat langit sahaja...Alhamdulillah setakat ni tidak pulak aku bakhil kepada amurid-murid ku...saban hari ada sahaj duit aku keluar untuk diberi kepada murid yang memerlukan...aku kalau ada lebih duit tak pernah aku lokek...sebab tu rezeki aku murah kot....Syukran Jaziran.

Wednesday, October 28, 2009

Hanya Gambar Pengubat Rindu











NURINE SOFIA BATRISYHA BT NOORLHISHAM
[ Angah ]

Al Fatihah buat Anakanda Angah, semoga jasad mu terpelihara...roh mu dihimpunkan bersama-sama insan yang beriman

Abah, Mama, Along , Uda dan Adik Sara amat merindui mu...damailah di sana



Amin

















Tuesday, October 27, 2009

Open University Malaysia

Kelas 24 Oktober 2009 lalu merupakan kelas ke -03 , ini bermakna hanya tingga 2 kelas sahaja sebelum aku mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lipis dan Maktab...jika diizinkan Allah hujung tahun ni akan tamatlah pengajian aku di OUM.
Terima kasih kepada semua Isteri, Along , Arwah Angah, Uda, Adik, kawan-kawan dan pensyarah..juga kepada seorang Akak [ kalau dia baca, terima kasih le ye ]
Tugasan ada 3 tetapi 2 dah selesai dan siap binding lagi..tinggal 1 lagi on de way...ni pun dah rasa lapang
Walau bagaimana pun aku ada 2 masalah besar yang membantutkan kegembiraan aku iaitu;
- Surat Lanjutan Belajar daripada BPG
- Markah Tesis tak keluar lagi
kedua-dua masalah ni aku cuba selesaikan macam - macam cara tp setakat ni masih kabur lagi...tak tau la cara cam mana kerana tanpa 2 benda tu macam mana nak berijazah?

Lama tak menulis

Dekat 10 hari tak update blog ni...memang sibuk memanjang...last week kat sekolah ada Perkhemahan Unit Beruniform start dari Jumaat, 23 Okt hingga 24 Okt...walaupun 2D1N..penatnya masyallah...jungle tracking..larian halangan...ikhtiar hidup...kawad kaki...ikatan dan balutan...aku pulak dilantik sebagai Kem Komandan...tinggal kat sekolah aje le...break camp kul 6.00 p.m

Sepatutnya malam ni aku janji dengan anak-anak nak ke Fun Fair buat kali terakhir sebelum ianya ditutup sementelahan adik aku Anna ada dtg cuti hujung minggu dari KL....disebabkan aku penat lepas maghrib aku tertidur sedar-sedar pukul 11.00 pm...anak-anak pun dah melelapkan mata...sayu dan menyesal aku...anak-anak dara aku tidur sebelah aku...dengan harapan abahnya tersedar...nak kejut barang kali mereka takut....


lepas bangun , mandi dan solat isyak aku bersiap-siap untuk bertolak ke Lipis pulak...kul 1.30 a.m aku keluar rumah dan bergerak ke Kuala Lipis...sampai di Masjid Tempoyang Lipis jam 5.45 a.m...Ya Allah mengantuknya...pukul 8.00 masuk kelas sampai 4.45 p.m...dalam kul 5.20 p.m bergerak balik ke keratong dan sampai rumah jam 11.00 malam...bayangkan masa aku pergi anak tido dan masa aku balik anak tido...Uda sampai kol aku menyatakan rindunya pada abah...ini lah pengorbanan namanya...Ana pun aku tak sempat sembang, cuma bagi duit kocek dan belikan tiket balik KL...

Monday, October 19, 2009

Cerita Pagi Isnin

Aku balik kg Jumaat mlm Sabtu, selepas gi open house rumah GB...tak planning nak balik pun...dengan hujan lebat dan mengantuk lagi....sampai di kg lebih kurang kul 1.00 pm...tido kat Sg.Resik...pagi gi kubur angah...adik-adik tabur bunga dan siram air mawar ke atas nya...yasin dan tahlil abah dan mama titipkan.....

Pukul 11.00 a.m bertolak ke Ayer Hitam nak survey Tropikal Village utk famili day ...ok gak tempat tu...tiket masuk RM5.00 dewasa dan RM2.00 dan kenderaan RM5.00...banyak arca, mercu tanda dan monumen yang terdapat di situ....along naik boat keliling tasik...uda naik kuda pony...adik asyik nangis je...penat dan ngantuk kot...restoran pun ada, ada rasa dan sedap....
banyak gambar yang aku snap kat situ....adalah 50 kpg..tu pun pakai camera Olympus...member punya.


Lewat ptg aku balik ke Rengit, jumpa orang tua...sembang mcm-mcm perkara...isteri dan anak-anak sempat la tido..aku asyik sembang dgn bapak...lepas la waktu rehat tu....lepas Isyak aku bertolak balik ke Keratong semula...singgah di BP beli barang keperluan Along balik asrama...sembang lagi tapau KFC buat dua budak ciconet tu....ngantuk bukan main lg...sampai Keratong jam 1.00 a.m...kemas barang...lastly tido pun dekat kul 3....


Pagi ni sarapan kat luar dengan famili...Uda minta durian akun belikan...makan lah dia orang adik beradik...aku mkn seulas je...tak tertelan rasanya bila makan durian pasti aku teringat pada angah kerana dia lah anak yang suka makan durian....

Malamnya aku ke Kenduri arwah dan tahlil rumah peneroka, Wak Dol Beruk namanya...pas tu bawak anak-anak ke FUN Fair...habislah RM50.00 lagi...apa ada hal duit boleh cari...keriangan anak?

Malan ni ada jemputan kenduri dan tahlil kat rumah Pak Ibrahim, tukang kebun sekolah aku...ibunya baru meninggal 2 hari lepas....insyallah...semakin ramai yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk kekal bersemadi di alam barzakh....

Aku entah bila lagi

Friday, October 16, 2009

selesai sudah

Hari ini selesai lah sudah tugasan menanda kertas UPSR BM Penulisan...lapang sikit kepala, lepas ni nak tumpukan pula kepada pengumpulan data murid PLBS tahun 1 hingga tahun 5 sekolah-sekolah di bawah penyeliaan aku..maklumlah aku kan Pentaksir Kawasan PLBS BM...harap-harap SK Melati, SK Ladang Kota Bahagia, SK Buluh Nipis, SK Keratong 4, SK Keratong 10 dan SK Bukit Ridan telah memberesinya....
Hari ini banyak pulak open house...Rumah Juleya, rumah Nazeri...katanya rumah GB aku pun nak buat hari Sabtu ni...malamnya pulak ada jemputan open house di SK Keratong 3...semalam aku tak gi open house di Markas PAS...bab makan ni masing-masing berlumba-lumba la pulak tapi tak apalah jika tuan rumahnya ikhlas memberi...insyallah
Esok tahun 6 pun ada jamuan rasa, seperti biasa untuk kelas aku, my wife yang masak, aku lebih percaya dengannya...enak dan lazat air tangannya...masak soto aje but special tau
Along balik hari ni, MRSM cuti start esok sampai Isnin...lewat maghrib tadi aku ambik kat hostel...suka uda dan adik bila abangnya balik...esok diaorang pakat nak gi fun fair...ikutlah wahai anak-anak ku....
Isteri aku ajak balik kg...insyallah , barangkali teringat pada arwah angah dan nak ziarah kubur nya...Al Fatihah

Tuesday, October 13, 2009

Letih dan mengantuk sangat

Start dari hari Jumaat, aku dah sibuk membuat persiapan taman tempat tinggal aku, maklumlah Pengerusi Taman kena tunjuk sikap kepimpinan...daripada meeting, beli barang sehinggalah meraikan tetamu aku ambil tahu.
Dalam masa yang sama aku berbelah bahagi sama ada nak ke kuliah di Kuala Lipis atau tidak...aku rasa 50-50 tetapi memandangkan aku sudah tidak ke kuliah pada tutorial pertama, walau penat macam mana aku gagahkan jua....bertolak pukul 1.00 a.m. dan tiba di Lipis jam 6.00 a.m...agak lewat tiba kali ini kerana aku mengantuk sangat dan tidur dalam kereta di tepi Jalan Kuala Krau..sedar-sedar jam menunjukkan pukul 5.00..itu yang aku speeding sikit.
Kuliah tamat jam 12.30 p.m tetapi kawan yang tumpang kereta tamat jam 4.45 p.m..sementara menanti, aku lepak di surau maktab, lepas solat jamak aku tertidur sampai jam 4.30...ngam-ngam...hujan lak tu...terus bergerak balik dan tiba di rumah jam 10.45 p.m.
Ramai yang datang rewang malam tu...terima kasih banyak la . Kepada Cikgu Saimon, Encik Awang, Anag Man, keluarga Khairul dan semua kenalan yang ringan tangan membantu hingga selesai tugasan rewang tersebut...yang aku pelik, jiran-jiran lain tak de lak datang ...jangankan membantu, batang hidung pun tak nampak....apa lah...tak pe
Malam tu siap menyediakan bahan dan ramuan, masak nasi impit, rebus ayam kampung...last-last kita orang masuk rumah jam 4.00 a.m...pearghhhh ngantuk giler

Wednesday, October 7, 2009

Cerita Puasa Enam

Hari ini insyallah aku puasa lagi..masuk hari ke-03...so far okay je..
Petang ni ada aktiviti mengecat dan membuat muarl kabin kelas pemulihan...lepas Asar, tengok la kalau aku tak terlajak tido...maklum la puasa, mata asyik nak membuto je ...
Malam ni orang rumah ajak ke expo @ fun fair...memamng dari semalam uda dan adik menyebut ke masuk ke rumah hantu...eiii tak takut ke? Pas tu ajak nak main buaian dan macam-macam permainan lagi la...aku ok je tapi takut ujan la pulak....Kak Masitah minta tolong bawak anak dia pulak...all rights...tak de masalah.
Ok la nak masuk kelas Tahun 6 jap lagi...ada aktiviti menampal buku skrap .

Tuesday, October 6, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

Bila aku sudah tiada
simpan semua lagu ku
jangan ditangis selalu
mungkin ini sementara....
Ini antara lagu kesukaan arwah...mama memang tak boleh dengar lagu ini. Ini lah lagu yang angah selalu nyanyikan dengan along dan adik-adik...
Waktu itu indah seperti biasa....

Upah Haji

Insyallah musim haji kali ini...arwah anak aku, akan aku dan isteri upahkan pelaksanaan hajinya...sebagai tanda kenangan dan hadiah buatnya
Kebetulan adik ipar aku yang kerja di HQ Tabung Haji KL bertugas di Mekkah musim haji kali ini, di samping bertugas dapat lah juga dia buatkan haji untuk angah...lagipun duit angah banyak dalam simpanan....duit sumbangan orang ramai pun tak terusik lagi...duit akhirat kematian Takaful sekolah...duit caruman Takaful Ikhlas aku dan isteri juga ada di samping segala wang caruman yang aku dan isteri potong setiap bulan pun dah dapat...bila aku lihat jumlah wang yang banyak atas nama angah , aku sedih kerana orang yang berhak ke atas wang itu telah tiada....
Tak apa ngah, abah dan mama akan pastikan bahawa wang itu hanya untuk kegunaan angah walau angah telah tiada...Along, Uda dan Adik Sara masing-masing punya simpanan sendiri....

Lagi Cerita Open House

Aku cadang nak buat open house dan buat tahlil arwah anak sekali...ialah sebagai tanda terima kasih aku kepada mereka yang hadir dan melawat semasa urusan jenazah arwah anak aku tempoh hari...

Planning nak buat kat rumah sendiri tapi jiran sebelah menyebelah nak join sama...so masing-masing nak menyediakan menu sendiri tetapi mesyuarat sebentar tadi memutuskan hanya satu jenis menu untuk makan hampir 400 hingga 500 tetamu...wow, ramainya...besar bajet tu..
Aku kongsi dengan 4 orang jiran lain, may be setiap orang kena keluar RM 250.00.

Cerita dengan isteriku, dia mencadangkan agar ayahnya yang datang memasak, maklumlah tukang masak rumah kenduri dan majlis-majlis besar, tentunya pak mertua ku expert kot..
Insyallah jadi la majlis tu pada Ahad, 11 Okt.2009.

Jemputlah datang....

Monday, October 5, 2009

Open House

Puasa Enam Hari Dalam Syawal

Baru hari ini, aku dan isteri baru nak start puasa enam..ingat nak buat last week tapi macam-macam halangan...dengan isteri tak sihat...aku pulak terlibat dengan penandaan kertas UPSR...jamuan dan sibuk beraya di rumah kenalan...so aku rasa ini hari dan minggu terbaik yang aku ada walaupun dalam masuk Syawal ke 16 hari ini...insyallah jika niat ikhlas, pasti dirahmati.

Sunday, October 4, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Pagi-pagi lagi aku dah bangun..Hari ni hari sabtu tatkala insan lain sedang lena beradu...aku perlu menyelesaikan tugas aku menanda kertas BM Penulisan UPSR...hari ini hari ketiga aku bertugas di PKG Rompin...malam tadi aku lewat tidur, lebih kurang pukul 3 a.m....dapat juga aku siapkan menanda 40 naskah soalan...

Hari ini di PKG sunyi, maklumlah hanya BM dan Maths sahaja yang bertugas...pegwai PKG memang tak kerja....budak-budak pun tak ke sekolah, tu yang sepi gilerrr....

Tengah hari , Kak Fazilah jamu kita orang makan di rumahnya...pearghh lazat amat...thanxs kak...panjang umur dan murah rezeki akak sekeluarga...

My beloved wife call tadi....cerita pasal budak datang beraya di rumah...start kul 10.00 a.m sampai 2.00 p.m...murid-murid datang beraya ke rumah...macam buat open house je lagaknya...orang rumah jamu diaorang dengan mi goreng je...mengeluh juga la dia tapi aku nyatakan itu semua adalah rezeki dan orang ingat kepada kita....rumah yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu ada lah keberkatannya di situ....adalah lebih kurang 70 orang yang datang ibarat yang bulat datang bergolek...yang pipih datang melayang...gitulah gamaknya...

Kesian juga anak dara kecilku terpaksa membantu, kalaulah along ada pasti ringan bebanan itu ..dan alangkah indah jika angah masih ada ketika ini....buat pengetahuan angah ..yang hadir tadi adalah bekas kawan-kawan angah dulu...mama sedih ngah....

ahhh...mata amat mengantuk...aku zzzzzzzzzzzzzz dahulu....wassalam

Thursday, October 1, 2009

Terima Kasih

Aku mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang access dan membaca noorlhisham.blogspot.com ini...
Ada masa dan kesudian, sila lah beri komen atau apa sahaja....
Anda semua di alukan
KECIL TAPAK TANGAN
NYIRU HAMBA TADAHKAN....
Jangan malu atau segan....Sila laaa

Marking Paper BM Penulisan Tahun 6

Hari ini aku start menanda kertas BM Penulisan di PKG Rompin...1 Okt hingga 3 Okt pas tu sambung pulak 14 dan 15 Okt 2009...hari ni juga sekolah aku ada Jamuan Hari Raya...start petang semlm sampai tengah malam tadi masak kat sekolah...ada nasi impit, lemang, rendan dan kuah kacang tapi tak de la aku nak rasa sebab ari ni aku tak de kat sekolah....tapi kalau kawan-kawan ingat, adalah kot dia orang hantar kat rumah tapi seperti biasa tak la aku harapkan sangat...
Malam tadi pengasuh anak aku datang beraya kat rumah...punya lah seronok anak-anak dara kecik aku, sampai sanggup tukar pakai baju raya...yang buat aku sedih bila pengasuh aku mula menatap gambar-gambar lama album keluarga....entah mengapa lidah aku kelu tak terkata, mata makin berat, seolah kelopak mata tak dapat membendung kebanjiran air mata yang melimpah...aku pandang wajah sugul isteri, dia begitu jua...pengasuh ku pantas melontar jauh kenangan itu...ahhhh
Lewat jam 2.45 am baru mata boleh terlena , hati dibuai aneka perasaan yang menggoncang kalbu...jam 6.00 aku tersedar lantas ku siapkan diri mengabdi menghadap Illahi sebelum mempersiapkan diri untuk bertolak ke PPD Rompin tepat jam 6.45 am...
Waktu Blog ni di update...kita orang sedang berhenti rehat sebelum sambung tugas kembali pada 2.00 pm hingga 4.30 pm...semoga perjalanan dan apa sahaja yang ku lakukan pada hari ini mendapat keberkatan dan keampunan Allah...buat Angah, sebentar tadi selepas abah solat, sempat abah titipkan tahlil ringkas....Angah abah sangat rindu akan angah saat ini...Al Fatihah

Monday, September 28, 2009

Selamat Pagi Cikgu

Selamat kembali ke sekolah...

Sunday, September 27, 2009

Selamat Tinggal Kampungku

Lewat malam semalam aku tiba di Keratong...asalnya nak bertolak pagi tetapi biasalah malas lah rasa...sempat jugak aku beraya sampai ke Parit Raja, Seri Gading....singgah Carrefour Batu Pahat....sambar Vodafone Broadband tak pasal-pasal melayang RM 250.00 walhal kat rumah dah ada Celcom Streamyx...siap aje la duit bulan-bulan nak bayar bil...tapi bila difikir pasal kemudahan, apa ada hal...

Satu lagi perkara tapi masih dalam planning....aku nak sewa atau jual rumah aku kat Bandar Putra Indah ...pas tu nak beli rumah area Semerah..bukan apa dekat sikit nak ziarah kubur arwah anak juga dekat dengan rumah bapak dan mertua....tak payah la nak kelam kabut....

Ada pulak orang offer nak jual rumah kat Parit Yusuf tetapi mahal sangat area RM 305 ribu...aku tengok dah rumahnya ...corner lot siap perabut...air cond dan dah siap renovate...tapi manalah aku mampu...pas tu ada niat nak beli tanah dan buat rumah di atasnya...entahlah serabut tul

Jap lagi selepas asar nak hantar anak aku balik ke asrama MRSM Muadzam...

Thursday, September 24, 2009

Nilai Sebuah Keluarga

Setiap insan yang bergelar anak...Sejarahnya dimulakan oleh ibu dan bapanya...Aku yang telah hidup selama hampir 38 tahun begitu amat sayang dan kasih kepada famili ku sendiri...kasih sayang itu tak dapat digambarkan ...tak dapat dibayangkan...tak dapat diluahkan...setiap apa yang bakal ku lakukan ...pasti izin dan restu mereka ku dambakan...begitu jua dengan adik-adik ku...

Aku adalah abang atau along ke 6 orang adik ku....dan rasanya selama ini telah cukup kasih,,,perhatian ...sokongan dan dorongan ke beri kepada mereka....sementelahan lepas aku kehilangan bonda tercinta Sariah Hj Abdullah pada tanggal 25 November 2007 ...diikuti pula oleh anakanda putri kesayangan keluarga Nurine Sofia Batrisyha pada 1 January 2009 yang lalu...pastinya kehilangan mereka memberi tamparan dan trauma kepada aku selaku anak kandungnya dan abahnya....kini aku lebih menghargai mereka yang tinggal....adik-adik dan anak-anak yang aku ada kini ...

Itulah waris dan wasiat yang tinggal...tak kan ku siakan mereka atau sesekali cuba mengguris hati...ada kala andai hati terasa...ku pendamkan jauh dilubuk hati...aku cuba membahagiakan mereka...walau kadang peritnya hanya tuhan yang tahu....hati ku mudah luluh dan cair tatkala bapak, isteri, anak dan adik-adik memperkatakan sesuatu...entahlah tiada ku rasa sesal, kesal, kerugian malah bangga, gembira tatkala apa dihajati dapat ku penuhi...

Pada mereka, tiada terlintas dan terfikir oleh ku untuk sesekali mengungkit atau memminta simpati belas di atas segala yang telah ku lakukan...terima kasih semua

Pada mereka, teruskanlah kehidupan walau apa sahaja yang dilakukan...
Pada Arwah Mak, Arwah Comel dan Arwah Angah...kusedekahkan Al Fatihah...kudoakan agar Alah memelihara Jasad mereka dan roh mereka di tempatkan di sisi insan-insan yang terpelihara....Amin.

Kisah Sambung Belajar

Dah tua-tua baru nak belajar. Itu pun PJJ. Tak pelah janji aku ada hati dan niat nak study. Maklumlah sebelum ni bukan tak de kesempatan tetapi biasalah bila ada kesempatan kesempitan pulak menyapa. Macam-macam masalah berbangkit...

Tapi aku gembira bila 3 orang adik perempuan ku berjaya belajar hingga ke Menara Gading - UM, UNiSEL dan UIAM dan satu-satunya adik lelaki ku pula masuk Maktab Perguruan Seri Kota. Isteri kesayanganku juga telah lulus dan memperolehi Ijazah daripada OUM, TESL ...
Wajah kesayangan hamba baru grad dari OUM


Cik kak yang masih belum khatam di UIAM



Senior UM


Pah Bedah yang baru habis dr UNiSEL


Ex-Maktab Perguruan Seri Kota

Kini aku pula yang bakal menuruti jejak mereka...Insyallah hujung tahun ni akan selesaikan pengajian aku...andai diizin oleh Allah....

selamat datang..

Kisah aku dan blog...

Tak pernah terlintas dalam hayat aku selama ini untuk mencipta blog sendiri. Inilah akibatnya kalau raya duduk memerap kat rumah. Adik bawa broadband dan aku mulalah menyelusuri apa yang dikatakan teknologi.

Untuk permulaan, tataplah blog yang tak seberapa ni.

Terima kasihlah kepada adik aku. Tak sia-sia belajar masuk U. Tak pasal-pasal abangnya ada blog sendiri...

*Gambar di hari raya kedua 2009*