BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 28, 2012

Tiap kali tibanya hari Khamis, uda dan acik yg paling gembira sebab tinggal satu lagi lagi iaitu esok Jumaat mereka boleh balik kg jumpa mama dan baby. .tak sabar kata mereka. .dan dari satu sudut yg lain, aku sebagai ayah amat bangga dengan kerinduan dan kasih sayang mereka terhadap adik bongsu mereka tetapi Jumaat jua lah aku amat penat kerana terpaksa travel dari Keratong ke Muadzam dan dari Kedaik lantas pulang ke Muar. .lebih kurang 400 KM dan jarak itulah yag aku dan anak2 tempuhi sepanjang 6 bulan ini. .kalah difikirkan letih memanglah tetapi demi anak2 dan tanggung jawab ku hadapi jua walau fizikal terbeban sebenarnya. .hanya Allah jua yg maha mengetahui

Wednesday, June 27, 2012

digital pen alquran

Hari ini membeli gadget baru Al Quran Digital Pen. .memperbaiki bacaan dan berdoa agar hidup sentiasa dilindungi . .terima kasih pada Ustaz Ramli yg telah memperkenalkan gadget ini. .lama sudah mencari rupa2 ada saudara se Islam yg menjualnya di sini. .syukur Allah mempermudahkan hambanya menuju keredhaan lagipun Ramadhan pun sudah hampir tiba. .moga boleh khatam Ramadhan nanti. .insyallah

Tuesday, June 26, 2012

Banyak yang ingin diperkatakan di ruangan ini namun batasan waktu dan kekangan ketika ..masa terlalu cepat dan ada kalanya terlalu perlahan..kehidupan yang jauh dan terasing dari isteri hanya bertemankan anak2 amat merungsingkan akal dan minda yang waras ini. .pelbagai kemungkinan dan kesukaran sering terjadi..masa banyak dihabiskan dengan berulanag saban minggu ke kampung yang hanya 2 hari di hujung minggu..kasihan isteri dan baby yang terpisah jauh dari abah dan kakaknya..bilakah semua ini akan berakhir..hanya waktu dan izin Allah jua yang mengetahui