BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan datang lagi bertandang ..syukur dan gembira kerana dapat lagi menikmati puasa kali ini..tahun ini kali ke4 Ramadhan tanpa angah..uda dan acik pun turut berpuasa syukur berjaya juga mereka bertahan hingga berbuka puasa bersama..semalam sahur di Sg Resik dan petang berbuka di Rengit bersama bapak..adik Ana dan suami juga turut balik..insyallah NeXT Week Adik Aida join sama..selepas ini hanya aku dan anak2 berpuasa di Keratong..isteri di kg...rahmat Ramadhan juga bila isteri dapat bertukar sekolah berhampiran rumah..hilanglah kebimbangan aku sebagai suami..asalnya anak2 ikut mama tetapi dia orang tak mahu la Pulak...tengok la macam mana nanti

Thursday, June 28, 2012

Tiap kali tibanya hari Khamis, uda dan acik yg paling gembira sebab tinggal satu lagi lagi iaitu esok Jumaat mereka boleh balik kg jumpa mama dan baby. .tak sabar kata mereka. .dan dari satu sudut yg lain, aku sebagai ayah amat bangga dengan kerinduan dan kasih sayang mereka terhadap adik bongsu mereka tetapi Jumaat jua lah aku amat penat kerana terpaksa travel dari Keratong ke Muadzam dan dari Kedaik lantas pulang ke Muar. .lebih kurang 400 KM dan jarak itulah yag aku dan anak2 tempuhi sepanjang 6 bulan ini. .kalah difikirkan letih memanglah tetapi demi anak2 dan tanggung jawab ku hadapi jua walau fizikal terbeban sebenarnya. .hanya Allah jua yg maha mengetahui

Wednesday, June 27, 2012

digital pen alquran

Hari ini membeli gadget baru Al Quran Digital Pen. .memperbaiki bacaan dan berdoa agar hidup sentiasa dilindungi . .terima kasih pada Ustaz Ramli yg telah memperkenalkan gadget ini. .lama sudah mencari rupa2 ada saudara se Islam yg menjualnya di sini. .syukur Allah mempermudahkan hambanya menuju keredhaan lagipun Ramadhan pun sudah hampir tiba. .moga boleh khatam Ramadhan nanti. .insyallah

Tuesday, June 26, 2012

Banyak yang ingin diperkatakan di ruangan ini namun batasan waktu dan kekangan ketika ..masa terlalu cepat dan ada kalanya terlalu perlahan..kehidupan yang jauh dan terasing dari isteri hanya bertemankan anak2 amat merungsingkan akal dan minda yang waras ini. .pelbagai kemungkinan dan kesukaran sering terjadi..masa banyak dihabiskan dengan berulanag saban minggu ke kampung yang hanya 2 hari di hujung minggu..kasihan isteri dan baby yang terpisah jauh dari abah dan kakaknya..bilakah semua ini akan berakhir..hanya waktu dan izin Allah jua yang mengetahui

Tuesday, April 10, 2012

Selepas berehat seketika dari dunia berbasikal lasak (MTB), dunia bikers dan menancing, perasaan ketagih dan gian itu kembali bertaut kini...maklumlah isteri pun telah selamat melahirkan baby...hari ini genap sebulan usia baby girl ...isteri dan semua anak2 pun berada di sisi..tetapi ntah bila nak ku mulakan aktiviti tersebut semula ...dengan tuntutan tugas dan tanggungjawab yg melimpah2 banyak, dengan travel ke kampung saban minggu mana mungkin apa yang diimpikan dapat direalitikan seminggu dua ini...ermmmmm

Salam

meneruskan legasi famili dengan kelahiran baby girl;

1. MUHAMMAD FARIS HAI'QAL
2. NURINE SOFIA BATRISYHA
3. NURINE SYIFAA' QURAISYHA
4. NURINE SARA' QISHTINNA
5. NURINE SYAFFI QALIE'SYHA

syukur dengan anugerah terindah ini...moga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah

Tuesday, February 21, 2012

assalamualaikum