Tidak namanya manusia jika tidak lepas daripada dirundung masalah, derita dan kecewa....mengalah bukan bererti kita tewas....berdiam diri bukan bermakna kita lemah dan boleh dilontar ke sana sini...kita bukan bola dan jika bola sekalipun tidak semudahnya kita menyepaknya sesuka hati....ini lah dunia dan resam tabii manusia...apa erti hidup jika hendak menongkat langit semata-mata....berjalan tetapi dada menjunjung tinggi ke angkasa....hidung tinggi ngalahkan hidung dan belalai gajah....
Friday, November 27, 2009
Bila Rasa Diri Dah Macam Donald Trump...
Posted by Wak Hisam at 11/27/2009 03:41:00 PM 0 comments
Selamat Menyambut Aidil Adha
Posted by Wak Hisam at 11/27/2009 03:27:00 PM 0 comments
Monday, November 16, 2009
Latihan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Posted by Wak Hisam at 11/16/2009 12:09:00 PM 0 comments
Friday, November 13, 2009
Berita Sedih..adik sakit
Hanya tuhan yang tahu....
Posted by Wak Hisam at 11/13/2009 11:42:00 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
Letih dan banyaknya meeting
Hari ini Khamis..agak meletihkan...semalam meeting HEM & KO start pukul 3.00 sampai kul 6 lebih, hari ni pulak meeting kurikulum mula dan tamat spt semalam jugak...esok ada juga mesyuarat AJK PIBG nasib baik aku bukan ajk...Isnin depan jugak ada mesyuarat guru akhir start pukul 3 jugak..wow dasat tapi normal lah sebab ni dah hujung tahun.
Dlm mesyuarat semalam ada aku perkatakan sesuatu tentang KGK , maybe ada beberapa rakan guru yang terasa..hari ni kat sekolah dia org macam bengang je kat aku...maaf ku pinta bukan niatku...selain mengingatkan mereka aku juga tentunya...aku bercakap sebagai Pengerusi KGK...maaf dan ampun banyak2 pada mereka yang terasa, aku ikhlas...sungguh.
Latihan persembahan utk Majlis Anugerah pd 18 Nov ni pun giat dilakukan...macam biasalah akulah chiefnya...macam bagus...kih2
Tak lama lagi cuti sekolah tapi pd 23 dan 24 Nov ni sekolah ada Program Pemantapan UPSR 2010 under Felda...2 minggu selepas tu ada Kem Solat under Panitia Agama ...2 minggu sebelum bukak sekolah ada kelas tuisyen tahun 6/2010...aku terlibat kot...itu belum dikira lagi latihan pasukan sekolah..bola sepak tentunya maklumlah tahun ni naib johan kelompok dan budak aku ada yang sampai MSSM...minggu ke 2 cuti my wife pun ada Smart Tuition kat sekolah dia...apa la ertinya cuti....
Posted by Wak Hisam at 11/12/2009 10:44:00 PM 0 comments
Monday, November 9, 2009
Bangga Dan Sayu Meruntun Kalbu
Hari Sabtu aku ke Kuala Lipis ada kelas OUM, tutorial ke-04, aku hantar semua tugasan aku...ada satu lagi tutorial tapi rasanya aku tak dapat turut serta kerana adik ipar aku ada konvo di UTM , Skudai, Johor...marah la juga members lain kerana patutnya last 21 Nov. we all nak buat celebrate sikit tapi apakan daya...famili first la...
Petang Jumaat sebelum aku bertolak ke Lipis , aku ke Muadzam jumpa along tapi on de way tayar kereta pecah...lastly aku ke Bengkel...disebabkan tayar pecah dan rims sport bengkok terpaksalah aku tukar 4 rims dan 4 tayar baru...habis la duit aku RM2150.00...padan muka aku
Hari Ahad, 8 November adalah hari yang menggembirakan aku dan keluarga sepatutnya kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Angah...kalaulah angah ada tentu dia gembira dan dapat banyak hadiah...pastinya mama akan buatkan majlis hari jadi angah di sekolah...tentunya abah akan belikan kek kesukaan angah..dan kita akan menyambutnya di rumah bersama along, uda dan adik pasti meriahkan angah...masing-masing berebut-rebut nak potong kek...nak bergambar dengan angah...nak mencium angah...alangkah indahnya saat itu andai majlis sambutan dapat abah dan mama buatkan untuk angah tapi tuhan lebih kasih kan angah...uda yang paling terasa kerana uda minta abah dan mama buat sembahyang berjemaah dan bacakan surah yasin...uda rindukan angah...angah tahu tak...bantal busyuk angah dulu , kini telah uda miliki tanpanya uda tidak boleh melelapkan mata...uda cium dan peluk kuat-kuat katanya bau angah ada pada bantal itu...terkadang uda tidur bersama linangan air mata ngah...terima kasih ngah dan damailah kau di sana...alfatihah
Posted by Wak Hisam at 11/09/2009 09:05:00 PM 0 comments