BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Hari ini semua umat Islam sedunia bergembira menyambut Aidil Adha khasnya bagi mereka yang menunaikan Rukun Islam Ke-05 iaitu Fardhu Haji....Semoga mereka mendapat haji mabrur ...insyallah
Hari ini juga pada tahun lalu...lewat ptg2 begini...aku sekeluarga bertolak ke masjid bersama isteri, along, angah, uda dan adik untuk melihat lembu yang kali sedekah untuk dikorbankan, disembelih dan disempurnakan....Alhamdulilah pada tahun lalu, ada sedikit lebih rezeki dapatlah aku sekeluarga melakukan ibadah korban....kami siap bergambar dengan lembu lagi...angah lah yang paling seronok...dia tanya kenapa kita kena sembelih lembu kalau raya haji...Aku menjawab, agar lembu itu nantinya akan menjadi tunggangan kita semasa di akhirat nanti....dan untuk sambutan Aidil Adha kali ini...pastinya arwah angah sudah tahu dan mengenali lembu yang kami korbankan di SANA....Insyallah..
Spt kelaziman, aku beraya di rumah keluarga aku di Batu Pahat dan awal pagi sudah bangun untuk menunaikan solat sunat di Masjid kampungku yang gah serba baru...lepas itu bergerak ke kg Seri Merlong dan Pt Tengah berjumpa dengan beberapa org saudara mara bagi membincangkan majlis pertunangan adik bongsuku pd 26 Disember nanti..ok bereh semuanya.
Yang menyedihkan sambutan raya kali ini ialah bila mana adik lelaki ku yang ditempatkan di Wad ICU Hosp. Muar masih belum sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru2...doktor kata paru2nya rosak...Allah apa pula malang nasib yang menimpa...simpati ku pd nya bertambah bila melihat wajah isteri dan 2 org anak gadis comelnya...sabarlah menerima ujian...didoakan agar adik ku segera sembuh...insyallah esok kami akan melawatmu dik....

0 comments: