BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Konvo UniSEL, Selangor

Lepas Jumaat semalam , lebih kurang pukul 4.30 ptg..aku dan famili bergerak ke KL untuk majlis Konvo adik aku Aida pada hari Sabtu....bapak dah sampai dalam pukul 5 ptg tadi...Adik aku Anna yang ambik dan bawak ke Uni Sel...kih2 katanya tayar bas yang dinaiki meletoooop...terpaksalah Aida ambik....aku pulak terlepas jalan, lastly tak pasal2 aku redah KESAS dan NKVE Highway...ambik ko...asyik bayar duit tol je ...balik2 RM2.20 kena bayar....
Akhirnya dapat juga cari jalan keluar....sampai juga aku ke Unisel...tido kat rumah kakak angkat Aida, Kak Yan....tq ya...buat susah2 je...
Masa kat R&R Awan Besar..sempat juga my wife beli Sate Kajang Haji Samuri yang popular tu....wow lazat jugak rasanya dan besar saiznya...kesian Along tak dapat turut sama dlm travel ni...buat angah, alangkah seronoknya andai angah ada ketika ini....
Aida Konvo pukul 12.00 pm hingga 6.00 pm..tak tau la nak balik terus ke Keratong mlm ni jugak atau balik awal pagi esok...apa yg pasti hari Ahad ni nak jumpa along kat MRSM, Muadzam...setakat ni 2 kali dah along call...rindu dan jealous la agaknya tu...
Anna pun ada test kat UIAM mlm ni tak rasa2nya dia tak gi...tq dik dapat sama-sama berkumpul bersama walau tidak semua adik2 abang dan anak2 aku ada di sisi pada hari gembira ini
Buat Adik Aida Selamat BerKonvokesyen....dah bergraduat....ada ijazah dah adik abg ni

Thursday, October 29, 2009

Oh Syahdunya Kenangan Semalam

Kucupan kasih dan sayang seorang adik kepada kakak..Happy Birthday Ngah
Sayangnya seorang kakak kepada adik-adik



Angah berlarian di gigi pantai...indahnya kenangan itu






Citra Berwajah Baru...JJR4595


Citra 2.0 cc aku berwajah baru;

a) Sports Rim - 17"

b) FALKEN Tyre - 40 [ Tipis Gilerrrr...mcm jln atas rims je rasa ]

c) New Air Press - CITRA specs

d) Air Cond - Servis dan masuk gas [ mak aii...sejuk tahap gaban ]


Bulan ni je dah banyak duit aku leburkan untuk Iswara & Citra;

a) Roadtax & Insuran Iswara - RM 400.00

b) Air Cond - RM 290.00

c) Tyre & Rims - RM 2000.00 +-

d) Olympus Digital Camera - RM ??????


Apa nak buat dah sampai masa....dah lama aku pasang impian baru kini menjelma, ada rezeki sikit bulan ni...kiri kanan masuk duit...kih2...apa yang penting , kita kena manjakan diri kita sendiri setelah penat bekerja, konsep aku, beli sahaja apa yang diimpikan , buat apa nak tahan atau simpan beria2 sangat...entahesok lusa kita dijemput illahi tak merasa semua itu...ada sikit duit , kita dapatkan apa yang kita idamkan...tapi jgn lupa untuk menabung dan keperluan untuk anak dan isteri....Isteri dan aku aku tak lah membantah apa yang aku lakukan kerana mereka tahu siapa aku sebagai suami dan aku sebagai abah


Juga buat bapak, Man, Aida dan Anna [adik-adik ku ] mereka juga ada bahagian masing-masing...selama kita hidup jgn bongkak atau cuba menongkat langit sahaja...Alhamdulillah setakat ni tidak pulak aku bakhil kepada amurid-murid ku...saban hari ada sahaj duit aku keluar untuk diberi kepada murid yang memerlukan...aku kalau ada lebih duit tak pernah aku lokek...sebab tu rezeki aku murah kot....Syukran Jaziran.

Wednesday, October 28, 2009

Hanya Gambar Pengubat Rindu











NURINE SOFIA BATRISYHA BT NOORLHISHAM
[ Angah ]

Al Fatihah buat Anakanda Angah, semoga jasad mu terpelihara...roh mu dihimpunkan bersama-sama insan yang beriman

Abah, Mama, Along , Uda dan Adik Sara amat merindui mu...damailah di sana



Amin

















Tuesday, October 27, 2009

Open University Malaysia

Kelas 24 Oktober 2009 lalu merupakan kelas ke -03 , ini bermakna hanya tingga 2 kelas sahaja sebelum aku mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lipis dan Maktab...jika diizinkan Allah hujung tahun ni akan tamatlah pengajian aku di OUM.
Terima kasih kepada semua Isteri, Along , Arwah Angah, Uda, Adik, kawan-kawan dan pensyarah..juga kepada seorang Akak [ kalau dia baca, terima kasih le ye ]
Tugasan ada 3 tetapi 2 dah selesai dan siap binding lagi..tinggal 1 lagi on de way...ni pun dah rasa lapang
Walau bagaimana pun aku ada 2 masalah besar yang membantutkan kegembiraan aku iaitu;
- Surat Lanjutan Belajar daripada BPG
- Markah Tesis tak keluar lagi
kedua-dua masalah ni aku cuba selesaikan macam - macam cara tp setakat ni masih kabur lagi...tak tau la cara cam mana kerana tanpa 2 benda tu macam mana nak berijazah?

Lama tak menulis

Dekat 10 hari tak update blog ni...memang sibuk memanjang...last week kat sekolah ada Perkhemahan Unit Beruniform start dari Jumaat, 23 Okt hingga 24 Okt...walaupun 2D1N..penatnya masyallah...jungle tracking..larian halangan...ikhtiar hidup...kawad kaki...ikatan dan balutan...aku pulak dilantik sebagai Kem Komandan...tinggal kat sekolah aje le...break camp kul 6.00 p.m

Sepatutnya malam ni aku janji dengan anak-anak nak ke Fun Fair buat kali terakhir sebelum ianya ditutup sementelahan adik aku Anna ada dtg cuti hujung minggu dari KL....disebabkan aku penat lepas maghrib aku tertidur sedar-sedar pukul 11.00 pm...anak-anak pun dah melelapkan mata...sayu dan menyesal aku...anak-anak dara aku tidur sebelah aku...dengan harapan abahnya tersedar...nak kejut barang kali mereka takut....


lepas bangun , mandi dan solat isyak aku bersiap-siap untuk bertolak ke Lipis pulak...kul 1.30 a.m aku keluar rumah dan bergerak ke Kuala Lipis...sampai di Masjid Tempoyang Lipis jam 5.45 a.m...Ya Allah mengantuknya...pukul 8.00 masuk kelas sampai 4.45 p.m...dalam kul 5.20 p.m bergerak balik ke keratong dan sampai rumah jam 11.00 malam...bayangkan masa aku pergi anak tido dan masa aku balik anak tido...Uda sampai kol aku menyatakan rindunya pada abah...ini lah pengorbanan namanya...Ana pun aku tak sempat sembang, cuma bagi duit kocek dan belikan tiket balik KL...

Monday, October 19, 2009

Cerita Pagi Isnin

Aku balik kg Jumaat mlm Sabtu, selepas gi open house rumah GB...tak planning nak balik pun...dengan hujan lebat dan mengantuk lagi....sampai di kg lebih kurang kul 1.00 pm...tido kat Sg.Resik...pagi gi kubur angah...adik-adik tabur bunga dan siram air mawar ke atas nya...yasin dan tahlil abah dan mama titipkan.....

Pukul 11.00 a.m bertolak ke Ayer Hitam nak survey Tropikal Village utk famili day ...ok gak tempat tu...tiket masuk RM5.00 dewasa dan RM2.00 dan kenderaan RM5.00...banyak arca, mercu tanda dan monumen yang terdapat di situ....along naik boat keliling tasik...uda naik kuda pony...adik asyik nangis je...penat dan ngantuk kot...restoran pun ada, ada rasa dan sedap....
banyak gambar yang aku snap kat situ....adalah 50 kpg..tu pun pakai camera Olympus...member punya.


Lewat ptg aku balik ke Rengit, jumpa orang tua...sembang mcm-mcm perkara...isteri dan anak-anak sempat la tido..aku asyik sembang dgn bapak...lepas la waktu rehat tu....lepas Isyak aku bertolak balik ke Keratong semula...singgah di BP beli barang keperluan Along balik asrama...sembang lagi tapau KFC buat dua budak ciconet tu....ngantuk bukan main lg...sampai Keratong jam 1.00 a.m...kemas barang...lastly tido pun dekat kul 3....


Pagi ni sarapan kat luar dengan famili...Uda minta durian akun belikan...makan lah dia orang adik beradik...aku mkn seulas je...tak tertelan rasanya bila makan durian pasti aku teringat pada angah kerana dia lah anak yang suka makan durian....

Malamnya aku ke Kenduri arwah dan tahlil rumah peneroka, Wak Dol Beruk namanya...pas tu bawak anak-anak ke FUN Fair...habislah RM50.00 lagi...apa ada hal duit boleh cari...keriangan anak?

Malan ni ada jemputan kenduri dan tahlil kat rumah Pak Ibrahim, tukang kebun sekolah aku...ibunya baru meninggal 2 hari lepas....insyallah...semakin ramai yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk kekal bersemadi di alam barzakh....

Aku entah bila lagi

Friday, October 16, 2009

selesai sudah

Hari ini selesai lah sudah tugasan menanda kertas UPSR BM Penulisan...lapang sikit kepala, lepas ni nak tumpukan pula kepada pengumpulan data murid PLBS tahun 1 hingga tahun 5 sekolah-sekolah di bawah penyeliaan aku..maklumlah aku kan Pentaksir Kawasan PLBS BM...harap-harap SK Melati, SK Ladang Kota Bahagia, SK Buluh Nipis, SK Keratong 4, SK Keratong 10 dan SK Bukit Ridan telah memberesinya....
Hari ini banyak pulak open house...Rumah Juleya, rumah Nazeri...katanya rumah GB aku pun nak buat hari Sabtu ni...malamnya pulak ada jemputan open house di SK Keratong 3...semalam aku tak gi open house di Markas PAS...bab makan ni masing-masing berlumba-lumba la pulak tapi tak apalah jika tuan rumahnya ikhlas memberi...insyallah
Esok tahun 6 pun ada jamuan rasa, seperti biasa untuk kelas aku, my wife yang masak, aku lebih percaya dengannya...enak dan lazat air tangannya...masak soto aje but special tau
Along balik hari ni, MRSM cuti start esok sampai Isnin...lewat maghrib tadi aku ambik kat hostel...suka uda dan adik bila abangnya balik...esok diaorang pakat nak gi fun fair...ikutlah wahai anak-anak ku....
Isteri aku ajak balik kg...insyallah , barangkali teringat pada arwah angah dan nak ziarah kubur nya...Al Fatihah

Tuesday, October 13, 2009

Letih dan mengantuk sangat

Start dari hari Jumaat, aku dah sibuk membuat persiapan taman tempat tinggal aku, maklumlah Pengerusi Taman kena tunjuk sikap kepimpinan...daripada meeting, beli barang sehinggalah meraikan tetamu aku ambil tahu.
Dalam masa yang sama aku berbelah bahagi sama ada nak ke kuliah di Kuala Lipis atau tidak...aku rasa 50-50 tetapi memandangkan aku sudah tidak ke kuliah pada tutorial pertama, walau penat macam mana aku gagahkan jua....bertolak pukul 1.00 a.m. dan tiba di Lipis jam 6.00 a.m...agak lewat tiba kali ini kerana aku mengantuk sangat dan tidur dalam kereta di tepi Jalan Kuala Krau..sedar-sedar jam menunjukkan pukul 5.00..itu yang aku speeding sikit.
Kuliah tamat jam 12.30 p.m tetapi kawan yang tumpang kereta tamat jam 4.45 p.m..sementara menanti, aku lepak di surau maktab, lepas solat jamak aku tertidur sampai jam 4.30...ngam-ngam...hujan lak tu...terus bergerak balik dan tiba di rumah jam 10.45 p.m.
Ramai yang datang rewang malam tu...terima kasih banyak la . Kepada Cikgu Saimon, Encik Awang, Anag Man, keluarga Khairul dan semua kenalan yang ringan tangan membantu hingga selesai tugasan rewang tersebut...yang aku pelik, jiran-jiran lain tak de lak datang ...jangankan membantu, batang hidung pun tak nampak....apa lah...tak pe
Malam tu siap menyediakan bahan dan ramuan, masak nasi impit, rebus ayam kampung...last-last kita orang masuk rumah jam 4.00 a.m...pearghhhh ngantuk giler

Wednesday, October 7, 2009

Cerita Puasa Enam

Hari ini insyallah aku puasa lagi..masuk hari ke-03...so far okay je..
Petang ni ada aktiviti mengecat dan membuat muarl kabin kelas pemulihan...lepas Asar, tengok la kalau aku tak terlajak tido...maklum la puasa, mata asyik nak membuto je ...
Malam ni orang rumah ajak ke expo @ fun fair...memamng dari semalam uda dan adik menyebut ke masuk ke rumah hantu...eiii tak takut ke? Pas tu ajak nak main buaian dan macam-macam permainan lagi la...aku ok je tapi takut ujan la pulak....Kak Masitah minta tolong bawak anak dia pulak...all rights...tak de masalah.
Ok la nak masuk kelas Tahun 6 jap lagi...ada aktiviti menampal buku skrap .

Tuesday, October 6, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

Bila aku sudah tiada
simpan semua lagu ku
jangan ditangis selalu
mungkin ini sementara....
Ini antara lagu kesukaan arwah...mama memang tak boleh dengar lagu ini. Ini lah lagu yang angah selalu nyanyikan dengan along dan adik-adik...
Waktu itu indah seperti biasa....

Upah Haji

Insyallah musim haji kali ini...arwah anak aku, akan aku dan isteri upahkan pelaksanaan hajinya...sebagai tanda kenangan dan hadiah buatnya
Kebetulan adik ipar aku yang kerja di HQ Tabung Haji KL bertugas di Mekkah musim haji kali ini, di samping bertugas dapat lah juga dia buatkan haji untuk angah...lagipun duit angah banyak dalam simpanan....duit sumbangan orang ramai pun tak terusik lagi...duit akhirat kematian Takaful sekolah...duit caruman Takaful Ikhlas aku dan isteri juga ada di samping segala wang caruman yang aku dan isteri potong setiap bulan pun dah dapat...bila aku lihat jumlah wang yang banyak atas nama angah , aku sedih kerana orang yang berhak ke atas wang itu telah tiada....
Tak apa ngah, abah dan mama akan pastikan bahawa wang itu hanya untuk kegunaan angah walau angah telah tiada...Along, Uda dan Adik Sara masing-masing punya simpanan sendiri....

Lagi Cerita Open House

Aku cadang nak buat open house dan buat tahlil arwah anak sekali...ialah sebagai tanda terima kasih aku kepada mereka yang hadir dan melawat semasa urusan jenazah arwah anak aku tempoh hari...

Planning nak buat kat rumah sendiri tapi jiran sebelah menyebelah nak join sama...so masing-masing nak menyediakan menu sendiri tetapi mesyuarat sebentar tadi memutuskan hanya satu jenis menu untuk makan hampir 400 hingga 500 tetamu...wow, ramainya...besar bajet tu..
Aku kongsi dengan 4 orang jiran lain, may be setiap orang kena keluar RM 250.00.

Cerita dengan isteriku, dia mencadangkan agar ayahnya yang datang memasak, maklumlah tukang masak rumah kenduri dan majlis-majlis besar, tentunya pak mertua ku expert kot..
Insyallah jadi la majlis tu pada Ahad, 11 Okt.2009.

Jemputlah datang....

Monday, October 5, 2009

Open House

Puasa Enam Hari Dalam Syawal

Baru hari ini, aku dan isteri baru nak start puasa enam..ingat nak buat last week tapi macam-macam halangan...dengan isteri tak sihat...aku pulak terlibat dengan penandaan kertas UPSR...jamuan dan sibuk beraya di rumah kenalan...so aku rasa ini hari dan minggu terbaik yang aku ada walaupun dalam masuk Syawal ke 16 hari ini...insyallah jika niat ikhlas, pasti dirahmati.

Sunday, October 4, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

Pagi-pagi lagi aku dah bangun..Hari ni hari sabtu tatkala insan lain sedang lena beradu...aku perlu menyelesaikan tugas aku menanda kertas BM Penulisan UPSR...hari ini hari ketiga aku bertugas di PKG Rompin...malam tadi aku lewat tidur, lebih kurang pukul 3 a.m....dapat juga aku siapkan menanda 40 naskah soalan...

Hari ini di PKG sunyi, maklumlah hanya BM dan Maths sahaja yang bertugas...pegwai PKG memang tak kerja....budak-budak pun tak ke sekolah, tu yang sepi gilerrr....

Tengah hari , Kak Fazilah jamu kita orang makan di rumahnya...pearghh lazat amat...thanxs kak...panjang umur dan murah rezeki akak sekeluarga...

My beloved wife call tadi....cerita pasal budak datang beraya di rumah...start kul 10.00 a.m sampai 2.00 p.m...murid-murid datang beraya ke rumah...macam buat open house je lagaknya...orang rumah jamu diaorang dengan mi goreng je...mengeluh juga la dia tapi aku nyatakan itu semua adalah rezeki dan orang ingat kepada kita....rumah yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu ada lah keberkatannya di situ....adalah lebih kurang 70 orang yang datang ibarat yang bulat datang bergolek...yang pipih datang melayang...gitulah gamaknya...

Kesian juga anak dara kecilku terpaksa membantu, kalaulah along ada pasti ringan bebanan itu ..dan alangkah indah jika angah masih ada ketika ini....buat pengetahuan angah ..yang hadir tadi adalah bekas kawan-kawan angah dulu...mama sedih ngah....

ahhh...mata amat mengantuk...aku zzzzzzzzzzzzzz dahulu....wassalam

Thursday, October 1, 2009

Terima Kasih

Aku mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang access dan membaca noorlhisham.blogspot.com ini...
Ada masa dan kesudian, sila lah beri komen atau apa sahaja....
Anda semua di alukan
KECIL TAPAK TANGAN
NYIRU HAMBA TADAHKAN....
Jangan malu atau segan....Sila laaa

Marking Paper BM Penulisan Tahun 6

Hari ini aku start menanda kertas BM Penulisan di PKG Rompin...1 Okt hingga 3 Okt pas tu sambung pulak 14 dan 15 Okt 2009...hari ni juga sekolah aku ada Jamuan Hari Raya...start petang semlm sampai tengah malam tadi masak kat sekolah...ada nasi impit, lemang, rendan dan kuah kacang tapi tak de la aku nak rasa sebab ari ni aku tak de kat sekolah....tapi kalau kawan-kawan ingat, adalah kot dia orang hantar kat rumah tapi seperti biasa tak la aku harapkan sangat...
Malam tadi pengasuh anak aku datang beraya kat rumah...punya lah seronok anak-anak dara kecik aku, sampai sanggup tukar pakai baju raya...yang buat aku sedih bila pengasuh aku mula menatap gambar-gambar lama album keluarga....entah mengapa lidah aku kelu tak terkata, mata makin berat, seolah kelopak mata tak dapat membendung kebanjiran air mata yang melimpah...aku pandang wajah sugul isteri, dia begitu jua...pengasuh ku pantas melontar jauh kenangan itu...ahhhh
Lewat jam 2.45 am baru mata boleh terlena , hati dibuai aneka perasaan yang menggoncang kalbu...jam 6.00 aku tersedar lantas ku siapkan diri mengabdi menghadap Illahi sebelum mempersiapkan diri untuk bertolak ke PPD Rompin tepat jam 6.45 am...
Waktu Blog ni di update...kita orang sedang berhenti rehat sebelum sambung tugas kembali pada 2.00 pm hingga 4.30 pm...semoga perjalanan dan apa sahaja yang ku lakukan pada hari ini mendapat keberkatan dan keampunan Allah...buat Angah, sebentar tadi selepas abah solat, sempat abah titipkan tahlil ringkas....Angah abah sangat rindu akan angah saat ini...Al Fatihah