BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Letih dan mengantuk sangat

Start dari hari Jumaat, aku dah sibuk membuat persiapan taman tempat tinggal aku, maklumlah Pengerusi Taman kena tunjuk sikap kepimpinan...daripada meeting, beli barang sehinggalah meraikan tetamu aku ambil tahu.
Dalam masa yang sama aku berbelah bahagi sama ada nak ke kuliah di Kuala Lipis atau tidak...aku rasa 50-50 tetapi memandangkan aku sudah tidak ke kuliah pada tutorial pertama, walau penat macam mana aku gagahkan jua....bertolak pukul 1.00 a.m. dan tiba di Lipis jam 6.00 a.m...agak lewat tiba kali ini kerana aku mengantuk sangat dan tidur dalam kereta di tepi Jalan Kuala Krau..sedar-sedar jam menunjukkan pukul 5.00..itu yang aku speeding sikit.
Kuliah tamat jam 12.30 p.m tetapi kawan yang tumpang kereta tamat jam 4.45 p.m..sementara menanti, aku lepak di surau maktab, lepas solat jamak aku tertidur sampai jam 4.30...ngam-ngam...hujan lak tu...terus bergerak balik dan tiba di rumah jam 10.45 p.m.
Ramai yang datang rewang malam tu...terima kasih banyak la . Kepada Cikgu Saimon, Encik Awang, Anag Man, keluarga Khairul dan semua kenalan yang ringan tangan membantu hingga selesai tugasan rewang tersebut...yang aku pelik, jiran-jiran lain tak de lak datang ...jangankan membantu, batang hidung pun tak nampak....apa lah...tak pe
Malam tu siap menyediakan bahan dan ramuan, masak nasi impit, rebus ayam kampung...last-last kita orang masuk rumah jam 4.00 a.m...pearghhhh ngantuk giler

0 comments: