BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Konvo UniSEL, Selangor

Lepas Jumaat semalam , lebih kurang pukul 4.30 ptg..aku dan famili bergerak ke KL untuk majlis Konvo adik aku Aida pada hari Sabtu....bapak dah sampai dalam pukul 5 ptg tadi...Adik aku Anna yang ambik dan bawak ke Uni Sel...kih2 katanya tayar bas yang dinaiki meletoooop...terpaksalah Aida ambik....aku pulak terlepas jalan, lastly tak pasal2 aku redah KESAS dan NKVE Highway...ambik ko...asyik bayar duit tol je ...balik2 RM2.20 kena bayar....
Akhirnya dapat juga cari jalan keluar....sampai juga aku ke Unisel...tido kat rumah kakak angkat Aida, Kak Yan....tq ya...buat susah2 je...
Masa kat R&R Awan Besar..sempat juga my wife beli Sate Kajang Haji Samuri yang popular tu....wow lazat jugak rasanya dan besar saiznya...kesian Along tak dapat turut sama dlm travel ni...buat angah, alangkah seronoknya andai angah ada ketika ini....
Aida Konvo pukul 12.00 pm hingga 6.00 pm..tak tau la nak balik terus ke Keratong mlm ni jugak atau balik awal pagi esok...apa yg pasti hari Ahad ni nak jumpa along kat MRSM, Muadzam...setakat ni 2 kali dah along call...rindu dan jealous la agaknya tu...
Anna pun ada test kat UIAM mlm ni tak rasa2nya dia tak gi...tq dik dapat sama-sama berkumpul bersama walau tidak semua adik2 abang dan anak2 aku ada di sisi pada hari gembira ini
Buat Adik Aida Selamat BerKonvokesyen....dah bergraduat....ada ijazah dah adik abg ni

0 comments: