BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 6, 2009

Lagi Cerita Open House

Aku cadang nak buat open house dan buat tahlil arwah anak sekali...ialah sebagai tanda terima kasih aku kepada mereka yang hadir dan melawat semasa urusan jenazah arwah anak aku tempoh hari...

Planning nak buat kat rumah sendiri tapi jiran sebelah menyebelah nak join sama...so masing-masing nak menyediakan menu sendiri tetapi mesyuarat sebentar tadi memutuskan hanya satu jenis menu untuk makan hampir 400 hingga 500 tetamu...wow, ramainya...besar bajet tu..
Aku kongsi dengan 4 orang jiran lain, may be setiap orang kena keluar RM 250.00.

Cerita dengan isteriku, dia mencadangkan agar ayahnya yang datang memasak, maklumlah tukang masak rumah kenduri dan majlis-majlis besar, tentunya pak mertua ku expert kot..
Insyallah jadi la majlis tu pada Ahad, 11 Okt.2009.

Jemputlah datang....

0 comments: