BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 6, 2009

Upah Haji

Insyallah musim haji kali ini...arwah anak aku, akan aku dan isteri upahkan pelaksanaan hajinya...sebagai tanda kenangan dan hadiah buatnya
Kebetulan adik ipar aku yang kerja di HQ Tabung Haji KL bertugas di Mekkah musim haji kali ini, di samping bertugas dapat lah juga dia buatkan haji untuk angah...lagipun duit angah banyak dalam simpanan....duit sumbangan orang ramai pun tak terusik lagi...duit akhirat kematian Takaful sekolah...duit caruman Takaful Ikhlas aku dan isteri juga ada di samping segala wang caruman yang aku dan isteri potong setiap bulan pun dah dapat...bila aku lihat jumlah wang yang banyak atas nama angah , aku sedih kerana orang yang berhak ke atas wang itu telah tiada....
Tak apa ngah, abah dan mama akan pastikan bahawa wang itu hanya untuk kegunaan angah walau angah telah tiada...Along, Uda dan Adik Sara masing-masing punya simpanan sendiri....

0 comments: