BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 12, 2009

Letih dan banyaknya meeting

Hari ini Khamis..agak meletihkan...semalam meeting HEM & KO start pukul 3.00 sampai kul 6 lebih, hari ni pulak meeting kurikulum mula dan tamat spt semalam jugak...esok ada juga mesyuarat AJK PIBG nasib baik aku bukan ajk...Isnin depan jugak ada mesyuarat guru akhir start pukul 3 jugak..wow dasat tapi normal lah sebab ni dah hujung tahun.


Dlm mesyuarat semalam ada aku perkatakan sesuatu tentang KGK , maybe ada beberapa rakan guru yang terasa..hari ni kat sekolah dia org macam bengang je kat aku...maaf ku pinta bukan niatku...selain mengingatkan mereka aku juga tentunya...aku bercakap sebagai Pengerusi KGK...maaf dan ampun banyak2 pada mereka yang terasa, aku ikhlas...sungguh.


Latihan persembahan utk Majlis Anugerah pd 18 Nov ni pun giat dilakukan...macam biasalah akulah chiefnya...macam bagus...kih2


Tak lama lagi cuti sekolah tapi pd 23 dan 24 Nov ni sekolah ada Program Pemantapan UPSR 2010 under Felda...2 minggu selepas tu ada Kem Solat under Panitia Agama ...2 minggu sebelum bukak sekolah ada kelas tuisyen tahun 6/2010...aku terlibat kot...itu belum dikira lagi latihan pasukan sekolah..bola sepak tentunya maklumlah tahun ni naib johan kelompok dan budak aku ada yang sampai MSSM...minggu ke 2 cuti my wife pun ada Smart Tuition kat sekolah dia...apa la ertinya cuti....

0 comments: