BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 19, 2009

Selamat Tahun Baru hijrah 1431

Dah lama tak menulis diBLOG ini...banyak masalah dengan laptop & desktop...virus dan kena format dan lagi aku tak de masa nak menulis...skrg lebih kepada Face Book..ni kat kg, tak tau apa nak buat , mata pulak tak mahu lelap...

Semalam Tahun Baru Hijrah 1431...alhamdulilah aku sekeluarga bersama duduk di atas sejadah membacakan doa akhir dan awal tahun baru Hijiriah...solat jemaah, membaca Yasin, Tahlil untuk arwah Mak, Adik Comel dan Anakanda Sofia....sayu dan hening saat itu...Uda seakan bersedih ketika itu...tahun lepas pada watu yg sama aku sekeluarga menyambutnya bersama di Masjid Stulang Laut, Johor Baharu...walaupun gi holiday tapi bab Tahun Baru aku tak lupakan...syukur Tuhan membarakhi aku....

Hari ini aku balik kg...sempat singgah Hospital Muar, ziarah adik aku yg sakit...still tak keluar2 dari 11 November hari tu...alhamdulilah masuk ke wad biasa hari ini tapi masih bergantung dgn tangki oksigen...paru2 rosak agak teruk...subhanallah...sabar dan tawakal lah dik...kuatkan semangat mu ..insyallah sempenat tahun baru ini tuhan merahmati mu.

Esok aku dan keluarga sebelah isteriku nak ke majlis kenduri di Bukit Kepong, ada majlis perkahwinan sepupu....

0 comments: