BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

Bila Rasa Diri Dah Macam Donald Trump...

Tidak namanya manusia jika tidak lepas daripada dirundung masalah, derita dan kecewa....mengalah bukan bererti kita tewas....berdiam diri bukan bermakna kita lemah dan boleh dilontar ke sana sini...kita bukan bola dan jika bola sekalipun tidak semudahnya kita menyepaknya sesuka hati....ini lah dunia dan resam tabii manusia...apa erti hidup jika hendak menongkat langit semata-mata....berjalan tetapi dada menjunjung tinggi ke angkasa....hidung tinggi ngalahkan hidung dan belalai gajah....

Hina kah kita andai sekali-kali merendah diri...ular menyusur akar tiada pula hilang bisanya pun...nama sahaja manusia tetapi perangai kadang kala spt baghal...baghal pun tahu menolong tuannya....sesama manusia pun nak berkira2...menyapa pun sukar diluahkan dengan kata2...menegur kirim salam la....bersalaman macamlah tangan kita ni penuh kudis buta, kayap dan kematu yang boleh berjangkit...agaknya kita ni pembawa HIV @ Virus H1N1...Nahuzubillah....sampai ke situ...
Tetapi bila terkena batang hidung sendiri...manusia yang banyak pekung ini lah yang dicari...disembah2 mengalahkan Sultan Mansor Shah...apa ni, ingat ini cerekarama ke? kita pun ada perasaan juga...tapi tak lah sampai hati memulangkan paku buah keras...mungkin kita yang tertindas dan naif dari golongan marhain ni makbul doanya dan Allah sayang gamaknya....maka dengan selamba kita ucapkan tak apa...segala kesalahan, kesilapan dan kehinaan serta kebencian telah kita ampunkan dan tak simpan dendam...biar org buat jahat pada kita tetapi kita balas dengan kebaikan nescaya kalau bukan sekarang mungkin suatu masa manusia bongkak yang mengangkat dirinya macam DEWA...Obama...JW Bush tu pun boleh merangkak cari kita..
Tak perlu cakap banyak....personaliti menggambarkan peribadi...

Selamat Menyambut Aidil Adha

Hari ini semua umat Islam sedunia bergembira menyambut Aidil Adha khasnya bagi mereka yang menunaikan Rukun Islam Ke-05 iaitu Fardhu Haji....Semoga mereka mendapat haji mabrur ...insyallah
Hari ini juga pada tahun lalu...lewat ptg2 begini...aku sekeluarga bertolak ke masjid bersama isteri, along, angah, uda dan adik untuk melihat lembu yang kali sedekah untuk dikorbankan, disembelih dan disempurnakan....Alhamdulilah pada tahun lalu, ada sedikit lebih rezeki dapatlah aku sekeluarga melakukan ibadah korban....kami siap bergambar dengan lembu lagi...angah lah yang paling seronok...dia tanya kenapa kita kena sembelih lembu kalau raya haji...Aku menjawab, agar lembu itu nantinya akan menjadi tunggangan kita semasa di akhirat nanti....dan untuk sambutan Aidil Adha kali ini...pastinya arwah angah sudah tahu dan mengenali lembu yang kami korbankan di SANA....Insyallah..
Spt kelaziman, aku beraya di rumah keluarga aku di Batu Pahat dan awal pagi sudah bangun untuk menunaikan solat sunat di Masjid kampungku yang gah serba baru...lepas itu bergerak ke kg Seri Merlong dan Pt Tengah berjumpa dengan beberapa org saudara mara bagi membincangkan majlis pertunangan adik bongsuku pd 26 Disember nanti..ok bereh semuanya.
Yang menyedihkan sambutan raya kali ini ialah bila mana adik lelaki ku yang ditempatkan di Wad ICU Hosp. Muar masih belum sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru2...doktor kata paru2nya rosak...Allah apa pula malang nasib yang menimpa...simpati ku pd nya bertambah bila melihat wajah isteri dan 2 org anak gadis comelnya...sabarlah menerima ujian...didoakan agar adik ku segera sembuh...insyallah esok kami akan melawatmu dik....

Monday, November 16, 2009

Latihan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Start dari perhimpunan pagi tadi sampai saat ini tak rest lagi...duduk kat dewan buat persiapan dan latihan persembahan murid utk MAK Pen 2009...setting pentas...setting masa tiap murid buat persembahan....rata2 murid nak buat persembahan...memamngbagus tapi akuyang letih nak setting masa


Ada persembahan Boria, Nasyid, Koir , medley dan permainan alat perkusi...dasat jugak budak2 aku ni....
Nanti aku post gambar dia org....

sakit mata

mata kiri cemeh

Friday, November 13, 2009

Berita Sedih..adik sakit

Kasih Ayahanda Tercinta
Hanya tuhan yang tahu....

Adik lelaki aku dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Fatimah, Muar suspek jangkitan kuman dalam paru-paru...sedih dan terperanjat, dialah satu-satunya adik lelaki kesayanganku..kasihan isteri dan anak-anak dia...lepas solat Jumaat aku bergerak pulang dan sampai ke Muar sekitar jam 6.00 p.m. adik aku Anna juga bergegas balik dr KL...bapak aku awal-awal dah sampai...Ida tak sempat balik...tak pe la baru dapat kerja kat Ampang...

Ku doakan agar adik ku sabar dengan ujian dan dugaan yang melanda...sesungguhnya Allah itu maha berkuasa menentukan segalanya buat hamba-hambanya...

Seringkali terjadi ujian dalam keluarga aku menjelang hujung tahun bermula dengan Arwah Mak pada 25 November 2007...arwah angah anak aku pada 1 Disember 2008...adik ku Comel 23 Oktober 1999 dan kini seorang lagi adik ku ditimpa musibah....subhanallah maha suci Allah





Thursday, November 12, 2009

Letih dan banyaknya meeting

Hari ini Khamis..agak meletihkan...semalam meeting HEM & KO start pukul 3.00 sampai kul 6 lebih, hari ni pulak meeting kurikulum mula dan tamat spt semalam jugak...esok ada juga mesyuarat AJK PIBG nasib baik aku bukan ajk...Isnin depan jugak ada mesyuarat guru akhir start pukul 3 jugak..wow dasat tapi normal lah sebab ni dah hujung tahun.


Dlm mesyuarat semalam ada aku perkatakan sesuatu tentang KGK , maybe ada beberapa rakan guru yang terasa..hari ni kat sekolah dia org macam bengang je kat aku...maaf ku pinta bukan niatku...selain mengingatkan mereka aku juga tentunya...aku bercakap sebagai Pengerusi KGK...maaf dan ampun banyak2 pada mereka yang terasa, aku ikhlas...sungguh.


Latihan persembahan utk Majlis Anugerah pd 18 Nov ni pun giat dilakukan...macam biasalah akulah chiefnya...macam bagus...kih2


Tak lama lagi cuti sekolah tapi pd 23 dan 24 Nov ni sekolah ada Program Pemantapan UPSR 2010 under Felda...2 minggu selepas tu ada Kem Solat under Panitia Agama ...2 minggu sebelum bukak sekolah ada kelas tuisyen tahun 6/2010...aku terlibat kot...itu belum dikira lagi latihan pasukan sekolah..bola sepak tentunya maklumlah tahun ni naib johan kelompok dan budak aku ada yang sampai MSSM...minggu ke 2 cuti my wife pun ada Smart Tuition kat sekolah dia...apa la ertinya cuti....

Monday, November 9, 2009

Bangga Dan Sayu Meruntun Kalbu

Hari Sabtu aku ke Kuala Lipis ada kelas OUM, tutorial ke-04, aku hantar semua tugasan aku...ada satu lagi tutorial tapi rasanya aku tak dapat turut serta kerana adik ipar aku ada konvo di UTM , Skudai, Johor...marah la juga members lain kerana patutnya last 21 Nov. we all nak buat celebrate sikit tapi apakan daya...famili first la...

Petang Jumaat sebelum aku bertolak ke Lipis , aku ke Muadzam jumpa along tapi on de way tayar kereta pecah...lastly aku ke Bengkel...disebabkan tayar pecah dan rims sport bengkok terpaksalah aku tukar 4 rims dan 4 tayar baru...habis la duit aku RM2150.00...padan muka aku

Hari Ahad, 8 November adalah hari yang menggembirakan aku dan keluarga sepatutnya kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Angah...kalaulah angah ada tentu dia gembira dan dapat banyak hadiah...pastinya mama akan buatkan majlis hari jadi angah di sekolah...tentunya abah akan belikan kek kesukaan angah..dan kita akan menyambutnya di rumah bersama along, uda dan adik pasti meriahkan angah...masing-masing berebut-rebut nak potong kek...nak bergambar dengan angah...nak mencium angah...alangkah indahnya saat itu andai majlis sambutan dapat abah dan mama buatkan untuk angah tapi tuhan lebih kasih kan angah...uda yang paling terasa kerana uda minta abah dan mama buat sembahyang berjemaah dan bacakan surah yasin...uda rindukan angah...angah tahu tak...bantal busyuk angah dulu , kini telah uda miliki tanpanya uda tidak boleh melelapkan mata...uda cium dan peluk kuat-kuat katanya bau angah ada pada bantal itu...terkadang uda tidur bersama linangan air mata ngah...terima kasih ngah dan damailah kau di sana...alfatihah

Wednesday, November 4, 2009

Sekitar Majlis Konvo Adik Di Uni SEL